Sunday, April 11, 2010

Zon Raban juga Juara Rakyat

Program Pemimpin Turun Padang

Sekali lagi Umno telah menjadi Juara dalam menangani masalah bersama rakyat. Pada 11.4.2010 yang lalu Ahli Parlimen Dato’ Shamsul Anuar bin Hj Nasarah serta Pemimpin Bahagian di Zon Raban dan pemimpin Cawangan dalam ke enam-enam Zon telah menyertai satu rombongan konvoi bermotor di merata pelusuk kampong di bawah UMNO Zon Raban. Ketua Cawangan telah turut serta untuk memandu arah ke rumah-rumah penduduk kampong yang sudah uzur mahupun sakit. Sedikit buah tangan berupa wang tunai untuk membantu penduduk berkaitan telah di sampaikan sendiri oleh YB Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah ahli Parlimen Lenggong.

Promram telah dimulakan dengan semua peserta konvoi berkumpul beramai-ramai dengan dibantu oleh RELA di pekarangan rumah Ketua UMNO Cawangan Pekan Kuak, Tuan Haji Ibrahim bin Sulaiman. Dari situ rombongan telah diiringi oleh Ketua UMNO Cawangan Kuak Tn Habib Idris Habib Hamid menuju ke rumah penduduk yang uzur di Cawangan ini iaitu Ishak bin Mak Yek. Dari situ rombongan telah terus menuju ke rumah Haji Ismail bin Isa, bekas Imam Masjid Kuak yang juga uzur dan seterusnya ke rumah Puan Sareah bin AWang Kechil di kampong Masjid.

Rombongan seterusnya ke rumah En. Ali bin Nong, ahli Cawangan Kg Kelantan yang juga uzur sekian lama dan seterusnya ke rumah En. Baharom bin Ismial uzur kerana di serang stroke. Rombongan terus ke rumah Pn Masitah bt Jaafar dan ke rumah Pn Siti Zainab bt Syed Yahya. Seterusnya ke Kg Cherakoh rumah En Hassan bin Pie dan rumah Zakaria bin Malik di kampong Padang Luas.

Rombongan seterusnya ke rumah Baie bin Omar Kg Raban dan Bidin bin Mat juga Kampung Raban.

Rombongan telah pun berhenti di Dewan Kg Changkat Berangan dimana di situ telah pun dikunjungi oleh seramai 48 warga emas serta penduduk Zon Raban yang dikategorikan sebagai penghuni yang memerlukan bantuan. Bantuan berupa wang tunai juga disampaikan di situ.

Program di dewan orang ramai kampong Changkat Berangan juga di selitkan dengan ucapan dari Pemimpin pelbagai Peringkat.





Selepas Jamuan ringan di Dewan , rombongan telah dijemput oleh penduduk kampong untuk menjamu sedikit jamuan berupa majlis Hari Jadi di rumah berdekatan. Kemudian rombongan terus ke rumah Rahim bin Mahmud dimana isterinya Puan Sariah bt Dahaman mengalami sakit stroke sudah hampir 4 tahun.



Rombongan juga telah ke rumah dimana keadaan suami isterinya sedang duduk diatas kerusi roda iaitu Puan Tahirah bt Nordin dimana Puan Tahiran telah mendapat kemalangan motosikal manakalah suaminya pula En. Shafie bin Haji Ali Mohammad uzur kerana 10 tahun mengalami sakit bengkak kaki.







Dari kiri Hamid Hussain (Ketua UMNO Changkat Berangan), Haji Muhammad bin Wahab (Pengerusi UMNO Zon Raban), Dato' Shamsul Anuar Nasarah (Ahli Parlimen Lenggong) dan SI Jaafar (Ketua Balai Polis Lenggong)




Antara orang ramai yang hadir dari kiri, Mazlan Jelani (Ketua UMNO Padang Luas), En. Subari (Pegawai Khas Ahli Parlimen Lenggong), Cikgu Redzuan (AJK UMNO Bahagian Lenggong) dan Ahmad Tajiai (SU. UMNO Cawangan Raban)




Haji Muhammad selaku Penyelaras Program Pemimpin Turun Ke Kampung
antara isi ucapan, program ini dah lama dilakukan, tujuan mendekatkan rakyat dengan pemimpin, berjumpalah sendiri dengan pemimpin apabila bermasalah. Pejabat Khidmat Masyarakat sentiasa terbuka. Pemimpin akan turun ke padang untuk memerhatikan permasalahan rakyat



En. Hamid Hussin Ketua UMNO Cawangan KG Changkat Berangan
sedang beri ucapan aluan







Encik Hamid sedang berucap dan duduk di barisan hadapan, Haji Muhammad, Dato' Shamsul Anuar dan Encik Ghani Abdullah









Dato' Syamsul Anuar sedang berucap

Diantara isi ucapan, Malaysia di beri pengiktirafan oleh Amerika sebagai Negara Baru Islam







Puan Sariah bt Dahaman dikunjungi Ahli Parlimen Lenggong




















Sumbangan derma pada Encik Rahim bin Mahmud isteri Puan Sariah bt Dahaman (sakit stroke)


Pemimpin UMNO Lenggong dengan pemimpin Cawangan bergambar di rumah Shafie bin Haji Ali Mohammad beserta dengan isteri Pn Tahirah bt Nordin (kedua-duanya diatas kerusi roda)






Syabas UMNO Zon Raban. Hidup UMNO! Juara Rakyat ! 1 Malaysia